Name is Adi From Thurab.. journey To Rabb.. The All Mighty One.. Read Quran and Perform Solah As my Map.. Do It daily so that I wont lose.. Journey to Rabb.
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, August 23, 2006
Kisah Nabi Kekasihku

Semalam bila lepas semayang magrib kat Umah, amik la buku alAmin, kisah sejarah nabi dalam bentuk puisi yang pertama seumpamanya dalam pasaran hasil garapan Sastrawan Negara A.Samad Said.. Apa yang dikisahkan oleh Pak Samad tu memang menyentuh hati.. tambah pula bila baca bab last sekali tahkala nabi sudah sakit tenat dalam akhir usianya..betapa sayangnya dia pada umatnya, langsung tak pentingkan diri, sifat ithar begitu mendalam sekali ada pada nabi..tahkala sakit itu, masih mampu suruh orang buat baik, bagi nasihat, menyuruh aishah mendermakan 8 dirham kepada fakir.. aduh!! inilah nabi Muhammad..kalau ayat AllahSWT dalam surah al-Hasyr ayat (9):

And those who, before them, had homes (in Al-Madinah) and had adopted the Faith, love those who emigrate to them, and have no jealousy in their breasts for that which they have been given (from the booty of Banî An-Nadîr), and give them (emigrants) preference over themselves, even though they were in need of that. And whosoever is saved from his own covetousness, such are they who will be the successful.

Ayat ini memuji kaum ansar semasa penghijrahan mereka ke madinah. Hinggakan sanggup mendahulukan muhajirin dari diri mereka. Menyerahkan isteri yang tercantik, membahagi dua harta, rumah dan sebagainya...tapi bila baca kisah peribadi nabi, bahkan nabi sebenarnya lebih hebat lagi..mana taknya dalam hadith baginda mengatakan aku tak tinggalkan kepada keturunanku sebarang harta..apa yang nabi tinggalkan hanyalah Al-Quran dan Al Sunnah. Dikala nabi dah tiada, umar akibat cinta akan nabi mengamuk tak dapat tiba kenyataan nabi sudah tiada. tapi kebijaksanaan Abu Bakar jua yang boleh menenangkan Umar si Hati Waja itu.. dalam Ali Imran Allah Berfirman:

Say, (O Muhammad, to mankind): If ye love Allah, follow me; Allah will love you and forgive you your sins. Allah is Forgiving, Merciful. [AlaImran 31]

Teringat satu lagu nyanyian Kumpulan Hijjaz. "Dia Kekasih Allah"

"Malu rasanya menyatakan cinta, kepada dia kekasih Allah, kerana dia insan mulia, sedangkan diriku Insan biasa"

Namun di akhir zaman ini.. satu janji yang kita pegang dari nabi..Kata Nabi, Kurun yang terbaik adalah yang selepas ku (sahabat), kemudian yang selepasnya (tabiin) kemudian yang selepasnya (tabi' tabiin).. namun dalam hadith yang lain juga nabi menyatakan bahawa akhir zaman ini zamannya lebih mengagumkan, lebih hebat dari zaman sahabat.. bila nabi tanya iman siapakah yang paling hebat, jawab sahabat, tentulah malaikat, mereka sentiasa taat dan patuh, namun kata nabi, tentulah malaikat hebat kerana kereka dijadikan demikian... sahabat jawab tentulah kami para sahabat, nabi jawab tidak juga.. "tentulah kamu hebat, aku ada  bersama mu dan kamu menyaksikan  wahyu turun"...."habis siapa " soal sahabat...kata nabi "mereka ialah umat diakhir zaman, mereka beriman teguh dengan ajaran islam, sedangkan mereka tak pernah melihatku"

Inilah kita..umat Muhammad di akhir zman, umat yang mana nabi2 lain juga cemburu untuk turut serta didalamnya..namun ujian yang ditimpa bagi menjadi umat yang terbaik ini bukan mudah.. "Sesiapa yang menjunjung sunnahku di akhir zaman bagai menggenggam bara api" mafhum dari kata nabi..

namun ku paksa jua hati dan jiwa untuk menjunjung sunnah ini..lantaran qudwah hasanah darimu, Demi Islam, dan demi cintaku padamu, kekasihku Muhammad Rasulullah

 


Posted at 11:56 am by air_master
Komen Kat Sini  

Wednesday, August 16, 2006
Lega Sikit

tadi baru habis Program Monthly Talk organize by English Pulse.. feel releaf a abit..actually i'm quite frustuated.. rasanya macam tumpu lebih pulak kepada persatauan luar plak lebih dari Penerbitan PMA..dengan department Law | kelas dakwah Profesianal | English Pulse | Akademik lagi..sapa tak penin..

Tapi takpa.. selagi ada kudrat akan ku buat sehabis baik..
Qola Us Husain Yee: Kamu belum lagi terbukti ikhlas dalam perjuangan selagi belum di uji..Selepas diuji baru tahu sapa betul-betul beriman/ Ikhlas

Sama macam dalam surah Hujurat (14-15 ) Mafhumnya lebih kurang (xleh tulis arab nnti tak keluar):

The dwellers of the desert say: We believe. Say: You believe not, but say, We submit; and faith has not yet entered into your hearts. And if you obey Allåh and His Messenger, He will not diminish aught of your deeds.Surely Allåh is Forgiving, Merciful.

Apa beza beriman (mu'min) dan muslim.. Allah sambung lagik..

The believers are those only who believe in Allåh and His Messenger, then they doubt not, and struggle hard with their wealth and their lives in the way of Allåh. Such are the truthful ones.

So dalam hidup ini kita sebenarnya belum lagi benar-benar menjadi 'kita' yang sebenar selagi kita belum diuji.. x atau la kalau diuji diri ini apa akan terjadi..

Buat akhirnya renungkanlah dari Qola Dato' Mahmood: Perubahan sosial perlu selari dengan perubahan paradigma. kalau tak sama ajar dengan macam kisah pak pandir yang masuk istana tapi masih rindu kat kampong

Wallahu A'lam


Posted at 03:12 pm by air_master
Komen Kat Sini  

Wednesday, May 24, 2006
VCD Dialog Antara Agama

   
3 siri rakaman VCD dialog ini akan memfokus kepada 3 pokok utama setiap agama iaitu Konsep Ketuhanan Dalam Agama, Asas Kepercayaan Dalam Agama dan Kitab-Kitab Suci Dalam Agama.

BIODATA RINGKAS PENCERAMAH
Chew Phye Keat (Penceramah Kristian)
Peguam Diraja, Darryl & Loh Advovates & Solicitors
• Bachelor of Laws & Master of Laws from Universiti if Malaya (LL.B(Hons)&LL.M)
• President of PKVUM 1984-1985
• Member and Leader of Petaling Jaya Gospel Hall
Prof Dr Living Lee Chai Peng (Penceramah Kristian)
• Pensyarah di Jabatan Geologi Universiti Malaya
• Penasihat Persaudaraan Kristian Varsiti (PKVUM)
N. Darmalingam (Penceramah Hindu)
• Guru di SMK Batu Puchong
• M.A Dialog Peradaban Universiti Malaya
• Sekarang mengambil PhD dalam philosophy di India
• Presiden Saiva Narpani Kalam
Tan Ho Soon P(Penceramah Buddha)
• Banyak memberi ucapan sejak 1994 dalam dan luar negara
• B.A (Hons) Marketing and International Business (UK), MBA Marketing
• Graduan Buddist&Pali Universiti of Sri Lanka
• Studying Buddhist doctrines, scriptures, sociology history and lingusitich
• Dilantik sebagai Adjunt Lecturer untuk International Buddhist University College, Thailand
• Marketing Manager of Japanese Multinational Company
Pn Nirmala (Penceramah Hindu)
• Guru di SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara
• Graduan Ijazah Universiti Malaya
• M.A Dialog Peradaban Universiti Malaya
• Setiausaha Malaysia Saiva Narpani Alam
Shah Kirit B. Kakulal Govindji (Penceramah Islam)
• Pengurus Saba’ Islamic Media cawangan Maju Junction, Kuala Lumpur
• Bergiat cergas dalam aktiviti dakwah dan kerap menjadi wakil Islam dalam dialog-dialog antara agama
 

lawat: lamanCD.com

Posted at 11:52 am by air_master
Komen Kat Sini  

Friday, April 14, 2006
PEKSA!!

pERANG pEPERIKSAAN Dah nak mula...PALUAN gong dan dentuman Meriam sudah mula kedengaran..EXEM!!EXAM!!EXAM!! EXEM jugak jihat!! Tanda kita menghargai nikmat ALLAH, tanda Kita kita BErsuangguh2 MenjalanKAN kewAJIpan Menuntut ILMu, tanda SayAng Kita Pada AGAma!! Cemerlang Dalam EXAm bukan Pilihan Taapi Satu Kewajipan!!

Þõáú Åöä ßõäÊõãú ÊõÍöÈøõæäó Çááøåó ÝóÇÊøóÈöÚõæäöí íõÍúÈöÈúßõãõ Çááøåõ æóíóÛúÝöÑú áóßõãú ÐõäõæÈóßõãú æóÇááøåõ ÛóÝõæÑñ ÑøóÍöíãñ

Say, (O Muhammad, to mankind): If ye love Allah, follow me; Allah will love you and forgive you your sins. Allah is Forgiving, Merciful.

[AlaImran 31]

Sayangnnya Kita pada Allah dengan mengikut NabiSAW..Bila Nabi mewajipkan kita menuntut Ilmu, maka perlulah dengan bersungguh2. a'mal bi ithqan..itulah yang nabi suruh!! Kalau Maruah, dan MAsa Depan ISlam terletak pada Pelajar sekarang (memangpun terletak) dan menjadi Fitnah kepada ISlam kalau kita GAgal, maka BErjaya dalam EXEM bukan lagi PILIhan!!

Ayuh Menuju KEjayaan!!Jihat EXam!!


Posted at 05:03 pm by air_master
Komen Kat Sini  

Wednesday, March 29, 2006
BUDAYA NIAGA ORANG JEPUN

Cara orang Jepun berurus niaga agak berbeza daripada orang barat. Perkataan 'ya' yang dilafazkan oleh ahli perniagaan Jepun tidak sentiasa membawa pengertian boleh.

Ya membawa pelbagai pengertian. Ia mungkin bermakna beliau faham terhadap perkara yang dibincangkan tetapi belum tentu bersetuju ataupun bersedia menerimanya. Setiap perkataan yang diucapkan oleh orang Jepun membawa banyak pengertian. Berurus niaga dengan orang Jepun tidak mudah seperti mana menjalankan urusan dengan orang Cina. Maka tidak hairanlah mereka yang pertama kali berurus niaga dengan orang Jepun berasa kecewa dengan perundingan yang dijalankan.

Orang Jepun selalunya memulakan perundingan dengan membincangkan perkara yang tidak ada kaitan dengan perkara utama yang ingin dibincangkan. Mereka juga kadang-kala dengan sengaja tidak mahu berterus terang dalam memberikan jawapan kepada tawaran yang dibuat oleh ahli perniagaan yang berurusan dengannya. Mereka tidak bermaksud hendak mengelirukan peniaga asing, tetapi mereka ingin menunjukkan betapa susahnya hendak menolak tawaran itu dengan menyatakan perkataan tidak. Orang Jepun mempunyai cara yang halus bagi menolak sesuatu urus niaga. Jika boleh, mereka tidak mahu melukakan hati orang yang berurusan dengannya. Tetapi apabila hati orang Jepun terluka, jangan harap kita dapat berurusan dengannya lagi.

Kaedah itu adalah sebahagian daripada cara orang Jepun menunjukkan reaksinya pada pandangan dan pendapat yang tidak dipersetujui bagi menjaga keharmonian serta mengelakkan perselisihan. Orang Jepun percaya urus niaga yang tidak berjaya tidak bermakna mereka tidak boleh menjalinkan hubungan persahabatan. Urusan rasmi tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan urusan peribadi. Orang Jepun memang suka berhibur dan dihiburkan. Oleh sebab itulah banyak urus niaga dengan orang Jepun dijalankan di pusat-pusat hiburan. Namun begitu, ini tidak bererti keputusan orang Jepun dapat dibeli dengan sogokan hiburan. Mereka dapat membezakan antara pemberian peribadi dengan tanggungjawab pada organisasi. Oleh itu, berhati-hatilah supaya tidak terperangkap dalam jerangkap yang dipasang sendiri.

Satu perkara yang perlu disedari oleh kita adalah perundingan yang dilakukan oleh organisasi Jepun banyak dipengaruhi oleh sistem membuat keputusan secara muafakat yang dikenali sebagai 'ringi'. Dalam sistem ini, sesuatu cadangan diedarkan kepada mereka yang bersangkutan dengan organisasi dan dibincangkan secara bersama sehingga persepakatan dapat dicapai. Proses ini mengambil masa, namun membolehkan perlaksanaan menjadi mudah kerana ia dipersetujui secara bersama apabila dibandingkan dengan keputusan yang cepat dan dibuat oleh suatu kelompok kecil pihak pengurusan sahaja. Orang yang berurus niaga di Jepun perlu menyesuaikan dirinya dengan sistem 'ringi'. Mereka perlu bersabar dan tenang apabila berurusan dengan firma Jepun. Jangan sesekali mengharapkan urusan itu selesai dalam jangka waktu yang singkat.

Perundingan itu kadangkala mengambil masa berbulan-bulan. Begitu juga bagi mencapai keputusan yang penting. Orang sangat berhati-hati dalam membuat keputusan kerana ia menjadi penentu kejayaan ataupun kegagalan kepada tindakan yang diputuskannya. Orang Jepun teliti dan mereka tidak suka terburu-buru. Justeru itu, jangan suka mendesak dan menekan semasa menjalankan urus niaga dengan mereka. Tujuan mereka berbuat demikian adalah bagi mengurangkan risiko dan mengelakkan masalah yang menyebabkan gangguan terhadap perlaksanaan sesuatu urus niaga. Setiap keputusan sama ada yang besar ataupun kecil tetap dianggap penting. Mereka perlu bersikap serius kerana sikap yang leka mendatangkan padah kepada diri dan organisasi.

Satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian oleh mereka yang berurus niaga di Jepun adalah berusaha menjalinkan hubungan 'aisatsu' dengan rakan sejawatnya dalam syarikat dan firma. Aisatsu bermakna memberikan ucap selamat yang sebenarnya mengandungi pengertian yang cukup mendalam. Walaupun ucapan itu ringkas, namun dapat mengeratkan hubungan perdagangan dengan syarikat Jepun. Dengan melakukan aisatsu, ia bukan sahaja dapat mengukuhkan hubungan yang wujud antara kedua-dua belah pihak, namun menjamin kepentingan masa hadapan mereka yang berurus niaga di Jepun. Sikap peramah perlu ada dalam sesuatu urus niaga. Elakkan daripada berlagak sombong dan bersikap bongkak kerana ia tidak digemari oleh orang Jepun dan mana-mana bangsa di dunia ini.

Satu lagi amalan yang perlu diketahui adalah perkenalan yang dibuat oleh orang tengah atau perantaraan selalunya lebih mesra dan mudah dilaksanakan. Layanan ini tidak mungkin dapat diperoleh apabila seseorang masuk ke dalam firma tanpa sokongan ataupun pertolongan daripada orang perantaraan. Jikalau boleh, bina jalinan dan hubungan dengan seberapa ramai kenalan di Jepun serta gunakan saluran mereka bagi memudahkan urus niaga di sana. Hubungan niaga dan dagang yang dilakukan melalui cara ini membolehkan sesuatu urus niaga berjalan dengan lancar dan sempurna serta mengambil masa yang lebih singkat berbanding dengan proses dan prosedur biasa. Dalam hal ini, berjaya ataupun gagal sesuatu urus niaga juga bergantung pada berapa ramai orang Jepun yang kita kenal dan berapa ramai orang Jepun yang mengenali kita.

KREDIT
SaifulSham.com

 Hari Sabtu Lalu saya berkesempatan berjumpa sendiri dengan Irfan Khairi dan Mohd Syazwan-Usahawan internet yang berjaya di Malaysia. Hampir jam berbincang membuatkan saya terpegun dengan 2 bakat yang ada yang ada pada anak muda ini. Syazwan misalnya memulakan business ini selepas SPM (umur kira2 18 tahun) dan sekarang selepas 2 tahun memulakan perniagaan, hasilnya tidak dapat dipertikai lagi.

Wah..inikah yang dikatakan orang tuah ayam pada kerisnya, tuah manusia siapa yang tahu.


Posted at 12:58 pm by air_master
Komen Kat Sini  

Thursday, March 23, 2006
SHEIKH QARADAWI'S JUMU'AH KHUTBAH: "I AM A TERRORIST"

"If everyone who defends his land, and dies defending his sacred symbols is considered a terrorist, then I wish to be at the forefront of terrorists."

katanya lagi:

....AND I PRAY TO ALLAH IF THAT IS TERRORISM, THEN O ALLAH MAKE ME LIVE AS A TERRORIST...

How can you then ignore your brothers, who are from amongst you, and offer them nothing?

Kredit:
Khubah Jumaat Qaradawi


Posted at 10:28 am by air_master
Komen Kat Sini  

Wednesday, February 22, 2006
apa kah cara bercinta yg di syariat kan dlm islam

 askum,, bagai mana kah cara yg dianjurkan dalam islam bercinta sebelum kahwin atau pun bertunang terutama sekali di zaman remaja....  

Jawapan:
   Cinta adalah nikmat dan anugerah yang Allah berikan kepada semua mahkluknya, sebab itu Allah telah menggariskan bagaimana seharusnya CINTA itu diuruskan.

Setiap manusia yang beriman semestinya mendahulukan cintanya kepada yang berikut:-

1. Cinta kepada Allah SWT
2. Cinta kepada Nabi-Nabi khasnya Rasulullah SAW
3. Cintakan kedua ibu bapa
4. barulah cinta kepada yang lain yang tarafnya mestilah tidak melebihi cinta kepada 3 yang diatas.

Tak kira sesiapa sahaja muslim sama ada remaja atau deasa jika mengamalkan prinsip diatas Insya Allah CINTA yang di lahirkan itu bukan sahaja memenuhi naluri kasih individu malah ianya akan mendapat balasan yang baik dari Allah.

Sebaliknya jika berlaku salahguna CINTA yang Allah anugerahkan maka buruklah balasannya.

wallahu a'lam


Posted at 04:20 pm by air_master
Komen Kat Sini  

Thursday, February 02, 2006
WANITA YANG MENUTUP AURAT KOLOT?

Lelaki dan perempuan mempunyai peranan dan tanggungjwab yang tertentu di dalam Islam. Allaf berfirman, “Orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang makruf, mencegah kemungkaran, mendirikan solat, menunaikan zakat serta mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat 71)

Salah satu tanggungjawab yang wajib dilakukan ialah memelihara adab dan kesopanan dalam aspek pemakaian dan pergaulan. Wanita dan lelaki wajib menutup aurat dalam batas-batas yang tertentu. Dalam konteks wanita, Allah melarang wanita Islam dari tabarruj jahiliah melalui firmanNya, “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj jahiliah seperti orang-orang jahiliah terdahulu...” (Surah Al-Ahzab ayat 33)

Berhubung dengan ayat ini, Imam Mujahid berkata: “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Inilah yang dimaksudkan sebagai tabarrujul jahiliah.” Imam Qatadah pula berkata: “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarrujul jahiliah yang terdahulu”. Imam Muqatil bin Hayyan pula berkata: “Tabarruj berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang mereka”. (Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa)

Ayat ini tidak bermaksud untuk mengongkong pergerakan wanita Islam. Ia juga tidak bermaksud, tempat bagi kaum wanita hanyalah di dalam rumahnya sahaja kerana Nabi pernah mendoakan agar Ummu Haram ra dapat keluar berperang di lautan bersama-sama dengan tentera-tentera Islam yang lain. Tambahan dari itu, Khalifah Omar Al-Khattab ra pernah melantik seorang wanita yang bernama Ummu As-Syifa binti Abdullah menjadi penyelia di pasar Madinah. Islam mengizinkan wanitanya keluar rumah untuk suatu keperluan yang baik, seperti mencari ilmu sama ada yang fardu ain atau fardu kifayah, menziarahi ibu bapa serta mencari rezeki yang halal demi memenuhi keperluan hidup, dengan batas-batas yang telah ditetapkan. Ayat ini sebenarnya bertujuan untuk memuliakan kaum wanita dan menyuruh mereka agar sentiasa menjaga kemuliaan itu di samping memelihara sebarang kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka, seperti kecantikan.

Menutup aurat bukannya lambang penindasan bagi wanita sebaliknya lambang ketinggian harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita jahiliah. Islam merupakan agama yang menekankan akhlak dan adab di dalam semua perkara termasuk di dalam aspek pemakaian. Umat Islam, lelaki dan perempuan, yang sudah baligh wajib menutup aurat mengikut batas yang telah ditetapkan agama. Berhubung dengan wanita Islam, di antara ayat yang menjelaskan tentang batas-batas auratnya ialah firman Allah di dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dada mereka, dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita’.”

Seperti yang telah disebutkan, ketika ayat ini diturunkan, kaum wanita membudayakan sejenis pakaian tudung yang menutupi bahagian kepala tetapi masih mendedahkan leher, telinga dan bahagian atas dada mereka. Justeru ayat ini diturunkan agar kaum wanita memakai tudung kepala yang dilabuhkan sehingga menutupi bahagian-bahagian itu. Hal ini telah disebutkan oleh Imam Qartubi di dalam Al-Jamik Li Ahkamil Quran. Walau bagaimanapun di dalam berpakaian, mereka boleh mendedahkan “(perhiasan) yang biasa ternampak daripadanya.” Abdullah ibn Abbas mentafsirkannya sebagai “muka dan dua tapak tangan.” Abdullah ibn Omar mentafsirkannya sebagai “muka dan dua tangan.” Lebih dari itu, perhiasan yang terdapat di bahagian muka dan dua tangan seperti cincin, celak, inai dan seumpamanya, boleh didedahkan ketika berdepan dengan yang bukan muhrim. Kesemua pendapat ini disebutkan oleh As-Syeikh Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir.

Islam tidak menghalang wanita-wanitanya berpakaian mengikut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat seperti yang telah dijelaskan, di samping tidak menjolok mata. Hamka di dalam Tafsir Al- Azhar berkata: “Tidaklah kesemua pakaian Barat itu ditolak oleh Islam dan tidak pula seluruh pakaian tempatan negeri kita dapat diterima. Kebaya Jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan Islam.”

Beberapa golongan di Barat mula mengagumi ajaran Islam berhubung dengan wanitanya. Sebagai contoh, R. Stevenson telah menulis di dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata: “Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba masuklah dua orang wanita Islam dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu: ‘Mengapa mereka berpakaian seperti itu...? Saya bersimpati dengan mereka......!’ Ketiga-tiga wanita (Barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan. Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita Barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak untuk menunjuk-nunjuk......? Selepas kami berbincang tentang isu ini, kami dapati, wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka dari perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet untuk menarik perhatian kaum lelaki atau wanita. Kami dapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik jika dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita Barat tadi. Penonjolan seks di dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara lebih jauh, mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi, mereka akan mendapati bukan keyakinan diri sebaliknya perasaan terdesak untuk mendapat perhatian (yang menyebabkan wanita-wanita Barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki.... Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam”.

Perubahan sikap serta peranan wanita pada hari ini telah memberi kesan negatif kepada masyarakat. Wanita moden didapati lebih cenderung untuk melakukan jenayah dan keganasan berbanding dengan zaman sebelum ini, mengikut satu kajian yang dilakukan oleh pihak Federal Bureau of Investigation (FBI) di Amerika. Mengikut akhbar Daily Telegraph, London, bertarikh 16 September 1971, ramai pakar berpendapat peningkatan kes jenayah di kalangan kaum wanita ini disebabkan oleh penagihan dadah dan peranan wanita yang semakin berubah pada hari ini.

Tabarrujul jahiliah telah sampai ke tahap yang amat membimbangkan pada hari ini. Pergaulan dan aktiviti seks bebas telah menjadi satu industri besar yang mencengkam masyarakat yang dikatakan maju pada hari ini. Laporan oleh Inter Press Service bertarikh 19 Ogos, 1998 menunjukkan, 2-14% dari kemasukan kasar negara-negara di Asia Tenggara adalah dari industri seks, mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Berdasarkan kajian ini industri pelacuran di Thailand dianggarkan mendatangkan kemasukan sebanyak $22.5-$27 bilion dari tahun 1993-1995, dan di Indonesia jumlahnya dianggarkan $1.2-$3.3 bilion setahun. Mengikut satu anggaran yang dilaporkan di dalam Global Child Health News bertarikh 4 Julai 1995, lebih kurang 10% daripada wanita di Thailand terlibat di dalam industri ini. Di Amerika pula, USA Today bertarikh 20 Ogos, 1997 melaporkan, rakyat Amerika membelanjakan wang sebanyak $8-$12 bilion untuk membeli dan melanggan bahan-bahan lucah.

Teknologi moden telah digunakan sepenuhnya untuk mengembangkan industri ini. Di Amerika, mengikut Adult Chamber of Commerce, kemasukan dari industri seks melalui internet sahaja berjumlah $6 bilion. Di dalam USA Today bertarikh 20 Ogos 1997 dilaporkan, CyberErotica, salah satu laman web lucah yang popular di internet, mengandungi lebih daripada 10,000 gambar-gambar lucah dengan 1,000 gambar-gambar baru ditambah setiap minggu, dan keahliannya berjumlah 50,000 orang. Setiap hari lebih kurang 250,000 orang menziarahi laman web ini dan pemiliknya memperolehi $800,000 sebulan hasil dari perniagaan ini.

Tabarrujul jahiliah yang melahirkan seks bebas ini mempunyai padahnya. Ia menjadi salah satu sebab utama penyakit AIDS berkembang sehingga menjadi wabak yang tidak dapat dikawal lagi pada hari ini. Kesannya ke atas sistem ekonomi, sosial dan kekeluargaan tidak terkira besarnya. Seks bebas ada mukadimah atau rangsangannya dan di antara mukadimah itu ialah tabarruj (iaitu menghiaskan diri dan mendedahkan tubuh secara yang menggiurkan), pergaulan bebas serta sikap kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab. Justeru Islam menyuruh kaum wanita memelihara dirinya dari kecantikan yang memperdayakan dan mengarahkan kaum lelaki agar tidak melihat kaum wanita sebagai simbol seks. Allah berfirman, “Katakanlah kepada kaum lelaki dari golongan yang beriman: hendaklah mereka mengawal penglihatan mereka dan menjaga kehormatan kemaluan mereka.” (Surah An-Nur ayat 30)

 

KREDIT:
Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
Beliau ialah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Pengamal Perubatan selama 20 tahun,
Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang selama 10 tahun,
Penulis 10 buah buku,
Pemudah Cara Pelbagai Korporat dan Institusi,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa.
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Khidmat Runding
E-mel:
dzcsyifa@streamyx.com


Posted at 07:47 am by air_master
Komen Kat Sini  

Tuesday, December 20, 2005
Macam mana pertandingan SMS boleh jadi HARAM?

SOALAN:
apa hukum PERTANDINGAN / KUIZ dlm Islam? Pertandingan yg jenis mcm mana kah yg dibolehkan dan yg bagaimanakah pula yg tidak dibolehkan??

cthnya.. ari tu, Mufti Perak SS Harussani dah kuarkan fatwa mengatakan kuiz SMS ni haram.. krn melibatkan unsur gharar dan penipuan yg nyata bercanggah dgn ajaran ISLAM...

so? adakah KONFIRM semua kuiz mcm kuiz SMS tu HARAM ??

mcm mana ngan Msia skrang yg mmg cukup byk mengadakan kuiz/ pertandingan seumpama tu?

JAWAPAN:

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Disamping Islam membenarkan permainan dan sukan, ia mengharamkan segala bentuk perjudian. Secara umumnya pertandingan yang tidak mengandungi unsur-unsur haram, seperti judi, penipuan dan melalaikan adalah dibolehkan kepada orang-orang Islam. Memberi hadiah secara rawak (random), cabutan bertuah kepada pembeli kereta dsb adalah dibenarkan kerana ia tidak melibatkan pertukaran terhadapnya. Ia hanya melibatkan satu pihak, iaitu pihak yang memberi hadiah kepada pemenang bertuah. Begitu juga dengan supermarket yang memberi hadiah kepada pembeli bertuah TANPA memberi sebarang syarat untuk membeli apa-apa barang dan juga syarat membeli barangan yang lain tanpa sebarang peningkatan didalam harga barangan yg digunakan bagi menampung kos hadiah tersebut adalah diperbolehkan.

Menurut Dr Ali Al-Saalus, Professor Syariah dari Qatar :

"Pertandingan adalah perkara yang dibolehkan tanpa memasukkan unsur duit dan tidak ada masalah dengannya, bagi pertandingan yang melibatkan wang, mereka akan melakukannya bersungguh-sungguh bagi mencapai targetnya, dan ini telah dinyatakan didalam hadith Nabi saw : 'Tidak ada sabaq (hadiah wang dsb) kecuali memanah, lumba kuda dan lumpa unta'. - [Hadith diriayat oleh Ahmad, abu Daud, Al-Tirmudzi, Ibn Majah didalam buku Jihad]. Unta bermakna perlawanan, memanah bermaksud melontarnya, dan sabaq bermaksud duit yang digunakan sebagai hadiah pemenang.Ini semua apabila kita lihat adalah bersangkutan dengan JIHAD, akan tetapi sebahagian negara dan masyarakat yang pemurah melakukan kebajikan dengan wang untuk pertandingan dan bukan untuk Jihad". [ Fatwa IOL, sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=97841 ]

Syarat-syarat yang lain yang diberikan oleh Islam ialah :

1. Tidak ada unsur pertaruhan (betting)
2. Tidak ada unsur-unsur bersumpah, kebencian dsb.
3. Tidak membawa kepada lalainya mengerjakan kewajipan kepada Allah swt :- seperti solat, menuntut ilmu, menjaga keluarga dsb.

Berkata Al-Mawardi Al-Syafie mengenai JUDI :
"Judi : Iaitu didalamnya tidak ada yang percuma atas apa yang diambil oleh si pemenang, atau kerugian/kekalahan bagi yang memberi"

Persoalannya ialah, apakah pertandingan menggunakan SMS itu merupakan suatu perjudian?

Penghantaran SMS (Short Message Services) merupakan servis yang diberikan oleh pihak Telco kepada pengguna-pengguna talipon. Khidmat ini juga dikenakan kos dengan kadar yang telah ditetapkan, sebagai contoh, 15sen setiap block data SMS (160 bytes). Bagi perkhidmatan lain yang menggunakan service ini, bayaran yang lebih tinggi dikenakan. Bayaran ini akan dibahagi kepada dua dengan kadar pembahagian yg berbeza menurut perjanjian:

1. Bayaran sewa kepada Telco
2. Bayaran sewa/upah kepada badan yang menganjur pertandingan atau vendor yang memberikan perkhidmatan tersebut.

Dengan kata lain, pertandingan yang menggunakan SMS bagi merebut hadiah-hadiah menarik, akan melihatkan pengguna membayar kos SMS setiap kali mereka menyertai peraduan tersebut; contohnya dengan menjawab soalan quiz. Walaupun wang tidak terlibat pada masa itu, charge SMS akan dikenakan kepada pengguna didalam bil yang akan datang. Jika ia menggunakan perkhidmatan PraBayar (Pre-Paid), kos SMS akan didebit serta merta. Ada kedengaran berita yang mengatakan terdapat seorang pemenang didalam satu peraduan bersiri SMS, membelanjakan jumlah Bil SMS sebanyak RM25,000! Cuba kita fikirkan, percuma ke pertandingan ini? Bayangkan nilai tawaran hadiah yang diberikan berbanding dengan keuntungan yang didapati hasil dari pengguna khidmatan SMS??

----------------
Disini kami memetik fatwa dari Al-Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengenai hukum penonton TV yang menyertai pertandingan "bagaimana menjadi jutawan" melalui panggilan talipon, kata beliau :-


"Pertandingan ini dapat menarik ramai penyertaan dengan cara membuat panggilan antarabanga ataupun local, dengan harapan mereka akan memenangi berjuta ringgit, atau pun tanpa sebarang juta, hasilnya berjuta dari mereka yang rugi akibat sewa talipon yang dikenakan oleh syarikat talipon, dimana syarikat tersebut akan berkongsi dengan penganjur pertandingan, apa yang mereka dapat akhirnya hanyalah angin.

Pertandingan ini hanyalah satu jenis JUDI, atau pun Al-Maisir menurut bahasa Al-Quran, berjuta orang yang menyertai dengan perasaan tamak untuk mendapatkan berjuta, atau nilaian sewaan yang dikenakan untuk talipon, dengan harapan kemungkinan menang atau kalah, akan tetapi majoriti akan menjadi 'losers' / kalah, hanya seorang sahaja dikalangan berjuta yang akan menang.

Walaupun ada yang tidak rugi dengan kadar yang banyak (sewa talipon), akan tetapi pada PRINSIPnya, bukanlah dihitung dari segi jumlah kerugian, yang paling mustahak ialah seseorang itu menyertai OPERASI PERJUDIAN, dengan harapan ia menguntungkan dan menjadi jutaan didalam masa yang singkat" - [ Fatwa IOL, sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37617 ].
---------------

Shiekh Muhammad Salih Al-Munajjid, seorang Ulama terkenal dari Arab Saudi mensifatkan ini sebagai perjudian dalam bentuk baru, katanya :

"Pertandingan ini adalah satu jenis perjudian bentuk baru yang jelaskan pada masa kini (perjudian talipon) sebagai JUDI, dan adalah HARAM sebagaimana firman Allah :- 'Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? - surah Al-Ma'idah : 90-91'".

Beberapa ulama yang lain juga menganggap bahawa 'perjudian melalui talipon' ini merupakan jenis judi yang baru. Diantara mereka ialah bekas Mufti Mesir Dr Nasr Farid, Setiausaha Agung Institut Penyelidikan Islam Mesir Syiekh Wafa Abu 'Ajuz, Al-Amin, bekas Lajnah Ulama' Al-Azhar dan Proefssor hadith di kuliah Usuluddin Al-Azhar dan juga Dekan Fakulti Syariah Kuwait, Dr Mohammad Al-ThabThabaa'i. Bekas Mufti Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz Bin Baaz satu ketika dulu pernah memberi fatwa berkenaan dengan judi berbentuk baru kerana ia akan memakan duit seseorang melalui penipuan samada tanpa disedari atau tidak.

Kesimpulannya, apa-apa pertandingan yang melibatkan wang atau unsur-unsur haram, adalah dikira JUDI. Pertandingan menggunakan khidmat SMS, yang melibatkan wang keatas pengguna, disifatkan oleh ulama' sebagai bentuk perjudian yang baru. Sebagaimana yang difatwakan oleh Al-Qaradhawi, tidak kiralah berapa jumlahnya, pada prinsipnya ia adalah sejenis judi. WA.

wassalam
KREDIT: AL-AHKAM.NET
 

Posted at 12:35 pm by air_master
Komen Kat Sini  

Stokin dan Khuf

Saya diberitahu ada keadaan dan ketikanya bila bermusafir kita boleh membasuh kaki bila berwuduk hanya dengan menyapu air pada stokin atau sepatu sahaja. Sila huraikan keadaan mana dan bagaimana melakukannya. JazaakAllah khairan. 


Jawapan:
   
Membasuh kaki merupakan salah satu rukun wuduk. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat6.

Ayat ini memberi erti bahawa orang yang mengambil wuduk hendaklah membasuh kaki mereka dengan air, dan ia adalah hukum asal dalam masalah berwuduk.

Menyapu khuf seperti yang dibincangkan oleh ulama' adalah satu bentuk kelonggaran yang dibolehkan oleh syarak berdasarkan athar atau hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan bahawa baginda menyapu khuf menggantikan fardu membasuh kaki.

Jumhur ulama' mengharuskan "sapu khuf" sebagai ganti kepada basuh kaki dalam wuduk, sesetengah pula mensyaratkan keadaan musafir dan ada golongan yang mengetatkan sehingga tidak mengharuskannya langsung.


Apakah Hukum Sapu Atas Stokin?

Ulama' yang mengharuskan sapu pada khuf beselisih pendapat mengenai stokin. Ada yang menyatakan HARUS. Mereka yang mengharuskan antaranya Mohamad, Abu Yusuf(kedua-duanya merupakan murid kepada Abu Hanifah), dan Sufwan at Thauri, bersandarkan kepada hadis yang di sahihkan oleh Termizi. Hadis itu menyebut bahawa Nabi s.a.w menyapu atas stokin. Mereka juga menyamakan stokin dengan khuf dan mengkias hukum stokin dengan hukum khuf.

Mereka yang tidak mengharuskannya antaranya Syafe'i, Malik dan Abu Hanifah, menganggap hadis itu tidak sahih atau ia tidak sampai kepada mereka. Dan mereka juga menganggap bahawa isu sapu khuf adalah persoalan ibadah yang tidak boleh dikiaskan.

Ulama' moden iaitu al-Qardhawi mentarjih pendapat pertama yang mengharuskan sapu pada stokin. Abu Hanifah dikatakan telah merujuk kepada pendapat muridnya dan mengharuskan sapu pada stokin dengan syarat stokin itu mestilah stokin yang TEBAL. Tak boleh stokin nipis. Begitulah yang difatwakan dalam mazhab Hanafi. Kata al-Qardhawi;" apabila seseorang mengambil wuduk dan memakai stokin dalam keadaan suci, kemudian terbatal wuduknya dan ia ingin memperbaharui wuduknya, ia boleh menyapu atas stokin selama 24 jam bagi muqim dan 3 hari tiga malam bagi musafir".

Cara, Tempoh Dan Syarat Menyapu Khuf

Jumhur ulama' mengatakan khuf wajib disapu dibahagian atas dengan sekurang-kurangnya tiga jari ditarik dari bawah keatas pergelangan kaki. Ulama' berselisih mengenai sapu dibahagian bawah, ada yang mengatakannya wajib dan ada yang sunat.

Malik tidak menghadkan tempoh bagi menyapu khuf. Selama seseorang tidak memecatnya atau berjanabah (berjunub), ia boleh menyapu khuf. Abu Hanifah dan Syafi'i menetapkan tempoh tiga hari bagi musafir dan satu hari bagi muqim bersandarkan hadis Ali dan Hadis Safwan.

Tentang syarat menyapu khuf, ulama' bersepakat bahawa kaki sebelum memakai khuf hendaklah dalam keadaan suci, dan hendaklah dalam keadaan berwuduk. Maknanya:

1. kena berwuduk dulu sebelum pakai stokin tu, barulah boleh di sapu air ketika memperbaharui wuduk.
2. tempoh yang boleh: 24 jam bagi yang bermuqim, dan 3 hari bagi yang musafir.


wallahu a'alam 
KREDIT: Persatuan Ulama Malaysia

Posted at 12:10 pm by air_master
Komen Kat Sini  

Previous Page Next Page