Entry: Hijrah kerana Allah atau Perempuan Friday, November 24, 2006



Mendung hari, baru lepas hujan. aku baru lepas sembahyang lepas bangun dari tidurku yang tak nyenyak...dek kerana satu msg yang betul-betul mengejutkan aku dari tidur. aku pun tak tahu apa masalah aku sebenarnya. masalah dengan perempuan ni memang payah untuk handle. pengalaman cinta pertama aku yang berkecai dulu memang banyak sekali mengajar aku tentang pelbagai bagai benda. Bila aku berjumpa dengan seorang yang baru ni jadi masalah pulak yang langsung aku tak sangka. memang aku akui aku kalau dengan dia memang aku jarang cakap dari dua kawan dia yang  memang banyak cakap sikit sikit. aku memang type yang tak cakap sangat dengan perempuan kecuali kalau dah memang-memang rapat. tu pun kalau jumpa tengah jalan 'haram' aku nak tegur. geng2 dorng nie mulanya memang tak rapat langsung. dorng hanya kawn kepada kwan aku saja. tapi bila dah kerja sekali dalam program kat kampus, tu lah first time aku betul-betul bergaul dengan dorng pun...cumanya memang perangai aku ada  sesetenagh type perempuan yang aku agak 'malu' nak cakap. kadang-kadang kalau dah rapat pun aku malu jugak..biasanya budak2 ni type yang nak kata cantik tak sangat. dorang just pertamanya represent 'perfect islamic women' atau pun type yang malu2.aku kalau orang malu ni aku lagi lah jadi lebih-lebih malu.... nama2 dorang dirahsiakan tapi nak cakapnya termasuklah wanita ini. serius aku cakap sampai sekarang aku masih malu dengan dia.. tak tau kenapa. type-type yang nie aku jadi malu sebab infiriority complex..huhu. apalah aku ni. tapi aku ingat lirik lagu hijaz:

malu rasanya mengatakan cinta, kepada dia kekasih kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa

macam tu lah yang rasa. insan biasa yang aku akui banyak dosa..tiap-tiap hari buat dosa, langgar perintah allah, taubat jarang sekali, nafsu dan syaitan jadi ikutan selalu..bila jumpa orang macam ni aku jadi segan...sungguh segan..tapi macamana aku nak btau dia benda nie.. macanama aku nak bagi dia paham fa'il aku ni. disebabkan benda ni lah aku dah banyak kali nak berubah bila tengok perempuan macam ni.nak jadi lebih baik.. tapi bila aku buat mcam tu tiap kali tu lah gagal..mungkin perubahan aku ni tak bersifat kekal atau tak kuat..

sesungguhnya setiap perbuatan itu dengan niat. dan dia akan dapat apa yang diniatkan. sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya, maka dia berhijrah kerana Allah dan rasulnya. barangsiapa yang berhijrah kerana dunia dikejarnya atau kerana perempuan nak dinikahinya maka dia akan dapat apa yang di niatkan

aku sejak dua menjak ni mungkin dah tersilap mentafsirkan hadith nabi tentang niat. disebabkan aku tak nak lagi berubah atau berhijrah kerana perempuan, tak semestinya aku tak perlu berubah langsung..bila aku tak berhijrah langsung ni lah aku semakin sesat. aku bertambah komfius lagi bila ditanya adakah cukup istikharah sebagai penentu kepada perkahwinan..bila kita yakin kita hanya suka kepada seseorang hanya kerana Allah. atau istikharah itu menunjukkan dialah pilihan hati sedangkan hati tak lah redha sangat.. sedangkan ketika ini masih muncul jejaka/perempuan pilihan hati.. kita pilih kerana terdesak antara dua....dalam keadaan macam ni adakah betul pilihan kita bila kita istikharah menunjukkan muka dia..yang aku tahu kalau kita tak sedia.. jangan sesekali mula..ia hanya datangkan derita...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments